fbpx

Cara Southgate pilih pemain dikritik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHILWELL (kanan) dianggap pemain pertahanan yang lebih baik berbanding Shaw kerana kemampuannya menyekat pergerakan pemain lawan. – AFP

LONDON – Bekas pemain sayap England, Shaun Wright-Phillips membuat kenyataan berani apabila menganggap Luke Shaw se­bagai ‘lubuk’ dalam pasukan The Three Lions pada Euro 2020.

Wright-Phillips merasakan pe­­ngurus England, Gareth South­gate perlu meletakkan Ben Chil­well, bukannya Shaw di posisi bek kiri skuad kendaliannya menjelang aksi pertama Euro 2020 menentang Croatia di Stadium Wembley pada Ahad ini.

“Apabila Chilly (Chilwell) bertahan, dia jarang membenarkan pemain lawan cuba melepasinya atau melakukan hantaran silang ke dalam kawasan kotak penalti.

“Perlu diingat bahawa Chilly adalah pemain sayap bertahan sementara Shaw pula hanyalah pemain pertahanan yang boleh melakukan serangan balas pantas.

“Kalau saya masih bermain, sudah tentu saya mahu menentang Shaw kerana dia kadang-kadang leka dan hilang posisi apabila naik membantu bahagian serangan,” kata Wright-Phillips.

Dalam perkembangan sama, bekas bintang Manchester City itu turut mengkritik pemilihan pemain Southgate yang menyenaraikan ramai bek kanan pada Euro 2020 seperti Reece James, Kieran Trippier dan Kyle Walker.

Bagi Wright-Phillips, pengendali berusia 50 tahun itu sepatutnya membawa masuk salah seorang daripada dua pemain tengah sama ada James Ward-Prowse atau Jesse Lingard selepas kecederaan menimpa Trent Alexander-Arnold.

Sebaliknya, Southgate lebih cenderung membawa seorang lagi pemain pertahanan iaitu Ben White yang turut berkeupayaan beraksi sebagai bek kanan.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI