fbpx

Kariah patuh arahan tidak hadir solat Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imam, Hassan Hussien (kanan) bersama ahli jawatan kuasa masjid di Masjid Nurul Muttaqin di Simpang Empat, Perlis

Oleh NUR NAZLINA NADZARI

ARAU – Kariah di Masjid Nurul Muttaqin, Kampung Che Ok di Simpang Empat dekat sini akur dengan arahan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan tidak hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat hari ini.

Tinjauan di masjid tersebut mendapati suasana lengang dan hanya dihadiri empat ahli jawatan kuasa sahaja seperti yang dibenarkan.

Imam masjid, Hassan Hussien, 67, berkata, pengumuman menggunakan pembesar suara telah dibuat pada pukul 8 pagi tadi apabila arahan mengenai penutupan masjid itu disampaikan kepadanya.

Katanya, kariah reda dan memahami arahan tersebut adalah untuk kebaikan bersama ekoran gelombang kedua Covid-19 yang melanda negeri ini.

“Selepas pengumuman dibuat, mereka (kariah) tanya mengenai kuliah yang lain dan saya beritahu buat masa ini, semua aktiviti termasuk solat fardhu di masjid dihentikan sementara sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

“Setakat ini, tiada kes yang melibatkan kariah daripada masjid ini dan kami berdoa agar semua dijauhkan daripada bala,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Ahli Jawatankuasa Kariah, Hakimi Hashim, 50, berasa sedih dengan penularan kes Covid-19 kembali ke Perlis yang sebelum ini telah berada dalam zon hijau kira-kira tiga bulan.

Menurutnya, sebagai ahli jawatan kuasa masjid, mereka akan cuba mengawal sebaik mungkin agar wabak itu tidak merebak dalam kalangan kariah masjid berkenaan.

“Kami telah memaklumkan kepada kariah melalui aplikasi WhatsApp untuk bukan sahaja tidak datang ke masjid ini, malah tidak pergi ke masjid lain dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

MAIPs mengarahkan 12 buah masjid dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang dan kawasan berdekatan ditutup mulai hari ini sehingga satu tempoh yang akan diumumkan susulan penularan wabak Covid-19 di negeri ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI