fbpx

Raih 11A meskipun hampir patah semangat SPM ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Aisyah menunjukkan keputusan SPM kepada ibu dan bapanya di rumahnya di Kampung Teluk Nibong hari ini.

LANGKAWI – Pelajar Maktab Mahmud Langkawi, Nur Aisyah Zakaria pernah kecewa dan hampir patah semangat apabila mendapat tahu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 terpaksa ditangguhkan kerana pandemik Covid-19.

Namun, anak kelahiran pulau peranginan ini cepat bangkit dan menganggapnya sebagai satu hikmah dengan menggunakan masa sebaiknya untuk mengulang kaji pelajaran.

Hasilnya, Nur Aisyah, 18, berjaya membuktikan semangatnya tidak pernah luntur apabila memperoleh keputusan 11A dalam peperiksaan berkenaan.

Katanya, dia bersyukur kerana berjaya mendapat keputusan cemerlang sekali gus menggembirakan kedua ibu bapanya meskipun terpaksa belajar dalam suasana baharu akibat penularan wabak itu.

“Antara cabaran terbesar apabila peperiksaan ditangguhkan disebabkan Covid-19 yang menyebabkan mental saya ‘down’.

“Selain itu, saya juga perlu menyesuaikan diri tinggal di asrama kerana semua pelajar yang menghadapi SPM diwajibkan tinggal di asrama pada sesi persekolahan lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Teluk Nibong di sini hari ini.

Menurut anak kedua daripada tujuh beradik itu, dia mengamalkan surah al-Mulk dan berpuasa pada setiap Isnin dan Khamis di samping mengulang kaji pelajaran pada awal pagi selepas solat subuh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI