fbpx

Tun M selesai menghadap Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad beredar dari Istana Negara selepas satu jam menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pukul 3 petang tadi.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Langkawi itu tidak memberhentikan kenderaan dan terus meninggalkan pekarangan Istana Negara.

Beliau yang duduk di tempat duduk penumpang di bahagian belakang hanya menurunkan tingkap dan melambaikan tangan ke arah petugas media.

Difahamkan satu sidang akhbar akan diadakan secara langsung di akaun Facebook Mahathir pada pukul 4.30 petang ini berkaitan perjumpaan itu.

Mahathir merupakan pemimpin parti politik yang ketiga menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI