fbpx

Jangan putus asa jika gagal SPM – Daiyan Trisha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daiyan Trisha

PETALING JAYA – “Tidak kira berapa pun keputusan peperiksaan, jangan putus asa untuk capai cita-cita.”

Itu pesanan pelakon, penyanyi dan pengacara Daiyan Trisha kepada para pelajar yang mengambil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2020 hari ini.

Tutur Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 28, dia juga melahirkan ucapan tahniah dan rasa kagum kerana tidak mudah untuk menduduki peperiksaan pada musim pandemik.

“Sejujurnya saya sangat bangga dengan anda semua kerana pengalaman untuk menjawab kertas peperiksaan sepanjang musim pandemik bukan perkara yang mudah. Mereka pun tidak hadir ke sekolah 100 peratus ditambah pula dengan cabaran belajar secara virtual.

“Situasi tersebut satu perkara baru serta merekalah yang pertama melaluinya. Jadi, berbanggalah dengan usaha diri sendiri,” kata pengacara Muzik-Muzik 36 itu kepada Kosmo! Online hari ini.

Dalam pada itu, teraju utama drama Projek: Anchor SPM itu turut menitipkan pesanan kepada mereka yang menerima keputusan harini reda dan terus mengejar apa yang diimpikan.

“Bagi saya, SPM bukan penamat untuk segala benda dan usaha. Tidak kiralah anda gagal ataupun tidak.

“Walau gagal sekalipun, itu bukan pengakhiran. Anda telah mencuba yang terbaik tetapi janganlah berhenti berlari untuk terbang tinggi kerana perjalanan hidup masih jauh,” ujarnya lagi.

Hari ini, Kosmo! melaporkan seramai 9,411 calon peperiksaan SPM 2020 memperoleh keputusan cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran.

Sementara itu, seramai 4,416 calon ataupun 1.16 peratus mendapat gred semua G berbanding 4,321 calon (1.11 peratus) pada SPM 2019. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI