KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong hadir ke Istana Negara melalui Pintu 2 di sini kira-kira 11.50 pagi tadi.
Beliau dilihat menaiki kenderaan Toyota Vellfire berwarna putih.
Difahamkan Ka Siong merupakan pemimpin parti politik yang kedua menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.
Terdahulu, Menteri Alam Sekitar dan Air merangkap Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man tiba di Istana Negara kira-kira pukul 10.20 pagi dan balik kira-kira 11.35 pagi. – K! ONLINE