fbpx

Pelajar SPM berkongsi keputusan di Twitter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pengguna laman Twitter yang berkongsi keputusan SPM yang baru diperoleh pada hari ini di platform media sosial berkenaan.

PETALING JAYA – Pelajar Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) 2020 hari ini berkongsi keputusan mereka di laman Twitter dan kebanyakan mereka kelihatan gembira dengan keputusan yang diperoleh walaupun menghadapi pelbagai cabaran ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akibat Covid-19 tahun lalu.

Walaupun sejak dari tahun lepas negara berhadapan dengan pandemik Covid-19, ia tidak mematahkan semangat para pelajar untuk terus menuntut ilmu dan akhirnya memperoleh keputusan yang bagus dan setimpal atas usaha yang mereka lakukan.

Rata-rata pelajar berkongsi tangkap layar keputusan SPM mereka di laman Twitter dan kebanyakannya seperti tidak percaya akan keputusan yang mereka perolehi.

Seorang pelajar dengan nama @adenhuh berkata, dia amat terkejut dengan keputusan yang diterimanya namun tetap gembira kerana berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

“Saya tidak pasti macam mana saya lakukan, tetapi saya amat gembira kerana mendapat 10A pada SPM tahun ini,” ciapnya ringkas.

Seorang lagi pengguna dengan nama @ntshppc turut menyatakan kesyukurannya di atas keputusan yang diperolehi walaupun tidak berjaya mendapat semua A.

“Walaupun saya tidak dapat ‘straight A’s’, tetapi alhamdulillah saya sangat bersyukur atas keputusan yang saya peroleh. Tahniah kepada semua, kita sudah pun buat yang terbaik dan jangan bersedih jika kamu tak dapat apa yang kamu sasarkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, perkongsian para pelajar turut mendapat perhatian netizen yang tumpang berkongsi kegembiraan merea selain memberi kata-kata semangat kepada pelajar yang telah pun mengetahui keputusan SPM masing-masing.

“Tahniah kepada semua pelajar SPM. Apa-apa pun, permulaan kehidupan baru bermula. Jangan sedih sekiranya kamu tidak dapat apa yang kamu impikan tetapi kamu patut bersyukur kerana apa yang kamu buat nanti akan menjadikan kamu seorang yang lebih baik,” ciap @beydhi. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI