fbpx

Ivermectin belum terbukti boleh rawat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Penggunaan ubat Ivermectin masih belum terbukti boleh merawat dan mencegah wabak Covid-19.

Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Facebooknya berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) setakat ini juga hanya mengesyorkan penggunaan Ivermectin dalam ujian klinikal sahaja.

“Belum ada bukti yang betul-betul meyakinkan bagi mengesyorkan penggunaan Ivermectin untuk merawat dan mencegah Covid-19.

“WHO setakat ini hanya mengesyorkan penggunaan Ivermectin dalam ujian klinikal, di mana pesakit perlu dipantau rapi oleh doktor pakar dan penyelidik yang berpengalaman untuk menjamin keselamatan dan keberkesanan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, Ivermectin adalah ubat anti-parasit yang diluluskan oleh FDA dan kebiasaannya digunakan untuk haiwan dan bagi merawat beberapa penyakit tropika termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases.

Kajian Klinikal Ivermectin dalam rawatan Covid-19 di Malaysia sudah dilaksanakan bermula 31 Mei lalu oleh KKM dan Institut Penyelidikan Klinikal KKM melibatkan kira-kira 500 pesakit Covid-19 kategori 2 dan 3.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil produk Ivermectin untuk rawatan dan pencegahan Covid-19 berikutan tiada data klinikal bagi membuktikan keberkesanan penggunaannya.

Beliau juga memberitahu Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) memaklumkan setakat ini tiada produk dengan bahan aktif Ivermectin berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk kegunaan manusia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI