fbpx

Azar Azmi nekad rahsiakan identiti kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZAR AZMI

PETALING JAYA – Serik dengan kejadian putus tunang pada Februari tahun lalu, pelakon Azar Azmi membuat keputusan nekad untuk merahsiakan identiti kekasih barunya.

Azar atau nama sebenarnya, Siti Azar Ameerah Azmi, 32, mengakui sudah menemui pengganti, namun pengalaman putus tunang mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi perihal peribadi kepada umum.

“Ya, saya sedang bercinta dan mengenali hati budi sesesorang buat masa ini. Namun, saya mengambil keputusan untuk tidak berkongsi identitinya kepada umum. Sampai masanya saya akan berkongsi juga dengan peminat dan media,” kata Azar ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pelakon yang popular menerusi drama Nur 2 itu menegaskan, tindakan tersebut diambil kerana serik dengan kejadian putus tunang dengan penerbit filem Hafiz Roslan pada 10 Februari tahun lalu.

“Saya tidaklah sedih atau terlalu kecewa selepas putus tunang. Saya orang yang positif dan yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.

“Perkara tersebut banyak mengajar saya untuk menjadi orang yang lebih baik dan berhati-hati. Cuma saya serik untuk berkongsi kisah cinta terlalu awal.

“Setakat ini cukuplah orang tahu hati saya telah dimiliki. Saya bimbang jika berkongsi terlalu awal, hubungan tersebut tidak menjadi. Jadi, biarlah dirahsiakan terlebih dahulu,” ujarnya yang kini sedang hangat dengan drama Derita Untuk Bahagia di Astro Prima.

Ditebak adakah kekasih barunya itu seorang artis atau orang biasa, jawab Azar sambil ketawa: “Biarlah menjadi persoalan.”

Dalam pada itu, Azar juga memohon doa yang baik daripada peminatnya.

“Saya bukannya muda lagi. Saya harap semua orang dapat doakan yang baik-baik buat kebahagiaan saya,” luah Azar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI