fbpx

Kerani rugi RM79,600 diperdaya Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Adnan

TELUK INTAN – Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM79,600 akibat diperdaya sindiket Macau Scam selepas menerima panggilan daripada seorang individu mengaku sebagai pegawai polis pada 1 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, wanita berusia 51 tahun itu mendakwa dihubungi individu terbabit yang kononnya pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Katanya, individu yang menyamar itu mendakwa mangsa terlibat dalam kegiatan penggubahan wang haram dan menawarkan penyelesaian untuk kesalahan tersebut.

“Bermula Jumaat hingga Ahad lalu, mangsa mengeluarkan wang berjumlah RM65,000 daripada akaun simpanannya selain meminjam daripada empat rakannya berjumlah RM14,600.

“Kesemua wang itu dipindahkan melalui lapan transaksi menerusi mesin deposit tunai di bank berhampiran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa hanya menyedari telah ditipu selepas gagal menghubungi suspek dan melaporkan perkara itu kepada polis.

Katanya, siasatan pihaknya mendapati panggilan dibuat dari Miri, Sarawak dan polis kini sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI