PETALING JAYA – Pertama Digital Bhd. (Pertama Digital) telah memperoleh empat rakan permulaannya iaitu Trevo, Paywatch, Qoala dan Butterfly FX yang akan membawa kepakaran dan penyelesaian dalam bidang masing-masing bagi melengkapi cadangan pembangunan bank digital sebelum ini.
Kejayaan ini adalah susulan daripada pengumuman Kumpulan memperoleh penyertaan Crowdo Holdings Pte Ltd dan INFOPRO Sdn. Bhd. sebagai rakan konsortiumnya untuk memohon lesen perbankan digital daripada Bank Negara Malaysia.
Pengarah Strategi Pertama Digital, Saify Akhtar berkata, bagi penubuhan sebuah bank digital, Kumpulan telah membina hubungan yang kukuh dengan inovator kewangan inklusif sedia ada khususnya di dalam produk kewangan beretika bagi menangani perkara seperti takaful, ekonomi gig dan teknologi pendididkan (edtech).
“Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan rakan produk baharu ini sebagai usaha untuk membina penyelesaian yang merangkumi kewangan untuk rakyat.
“Selama bertahun-tahun, kami mengumpul pengalaman dan pandangan berharga daripada segi
penyampaian perkhidmatan kewangan digital kepada mereka yang kurang mendapat perkhidmatan iaitu menerusi MyPay dan eJamin,” katanya dalam kenyataan semalam.