fbpx

Produk penjagaan diri, kesihatan dijual di MR. D.I.Y.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelanggan kini memiliki pelbagai pilihan segmen barangan ketika membeli-belah di cawangan MR. D.I.Y.

PETALING JAYA – Peruncit perkakasan rumah, MR. D.I.Y. menambah produk penjagaan diri dan kesihatan dalam rangkaian penawaran produknya untuk kemudahan pelanggan.

Tawaran baharu itu menampilkan 69 produk daripada pelbagai jenama yang dipercayai termasuk vitamin dan makanan tambahan, produk sanitari, penjagaan kebersihan diri, rawatan penjagaan oral, ubat-ubatan over-the-counter, produk perancang ke­luarga serta barangan keperluan berkaitan Covid-19.

Ia boleh didapati di lebih 350 cawangan MR. D.I.Y. di seluruh negara bermula 1 Jun lalu sebelum diperluaskan ke semua cawangan MR. D.I.Y. dalam tempoh terdekat.

Sempena pelancaran baharu ini, diskaun pengenalan seba­nyak 15 peratus diberikan untuk kira-kira 35 produk dalam rangkaian tersebut.

Naib Presiden Pemasaran MR. D.I.Y. Group, Andy Chin berkata, matlamat pihaknya adalah untuk menjadi pusat sehenti bagi barangan keperluan harian rakyat Malaysia.

“Produk penjagaan diri dan kesihatan seperti mandian badan, syampu, vitamin serta alat sanitasi merupakan ke­perluan seisi keluarga, jadi amat sesuai untuk kami memperkenalkannya sebagai satu kategori segmen baharu.

“Kami ingin membantu pe­langgan mendapatkan lebih nilai bagi wang mereka dan penawaran rangkaian baharu ini mampu mewujudkan ba­nyak perbezaan dalam perbelanjaan bulanan mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Andy menambah, rang­kaian produk yang diperkenalkan itu merangkumi segmen barangan untuk bayi, kanak-kanak dan orang dewasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI