fbpx

800 keluarga Felda Redong terima bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekalan sayur-sayuran dibungkus untuk diagihkan kepada 800 keluarga yang terjejas susulan PKPD di Felda Redong 1, Mukim Labis, Segamat, Johor.

SEGAMAT – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Felda Redong 1, Mukim Labis, di sini yang dijadualkan berakhir hari ini dilanjutkan sehingga 23 Jun depan.

Susulan lanjutan PKPD itu, beberapa badan bukan kerajaan dan organisasi menyelaras bantuan makanan kepada penduduk yang terjejas.

Presiden Angkat Berat Malaysia yang juga mantan ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat berkata, mereka terpanggil menyalurkan makanan asas kepada 800 buah keluarga terjejas di kawasan berkenaan.

“Alhamdulillah kami telah menghantar bungkusan makanan asas seperti beras, minyak masak, tepung serta sayur-sayuran kepada kira-kira 800 buah keluarga di Felda Redong 1 sejak minggu lalu.

“Bantuan pelbagai jenis sayuran tersebut adalah usaha Ketua Pemuda UMNO Air Hitam, Joni Muhamat Yahya yang mendapatkannya daripada pengedar sayuran dari Yong Peng sebelum dibungkus dan diagihkan kepada penduduk,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI