fbpx

Tauke kilang dikompaun RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan tindakan khas Covid-19 IPD Johor Bahru Selatan melakukan pemeriksaan dokumen ke atas sebuah kilang di Permas Jaya, Johor Bahru hari ini. -Foto: IHSAN PDRM

JOHOR BAHRU – Seorang pemilik kilang di kawasan Permas Jaya, di sini dikompaun RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, hasil pemeriksaan mendapati kilang terbabit melakukan kesalahan iaitu melanggar kapasiti pekerja yang dibenarkan melebihi 60 peratus.

Katanya, kesalahan itu dikesan hasil pemeriksaan yang dijalankan Ketua Polis Balai Permas Jaya, Inspektor Thian Bui Pin bersama pasukan tindakan khas Covid-19 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.

Tambahnya, pemantauan yang dijalankan itu juga disertai oleh wakil agensi kerajaan negeri Johor seperti Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI ) dan Jabatan Tenaga Kerja ke kawasan perindustrian di Permas Jaya.

“Hasil pemeriksaan ke salah sebuah kilang di kawasan perindustrian berkenaan mendapati jumlah pekerja yang menjalankan operasi kilang itu melebihi had 60 peratus yang digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pengurus sumber manusia kilang tersebut telah ditahan dan dibawa ke IPD Johor Bahru Selatan bagi tindakan kompaun di bawah kesalahan peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI