fbpx

Kedatangan pesakit ke CAC meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Jumlah kedatangan pesakit ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) meningkat sebanyak 150 peratus iaitu dari 4,000 sehari ke 10,000 sehari pada 5 Jun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata,  jumlah kes aktif dalam pemantauan CAC juga meningkat 108 peratus dari 5,300 sehari ke 11,000 sehari.

“Selain itu, terdapat peningkatan jumlah kes yang memerlukan rujukan ke hospital bagi tempoh dari 23 Mei hingga 5 Jun iaitu daripada sembilan kes kepada 35 kes.

“Peningkatan jumlah kes Covid-19 yang mendadak sejak April lalu menyebabkan beban tugas anggota di CAC bertambah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam masa sama, peningkatan beban kerja dalam tempoh yang singkat menyebabkan kekangan talian telefon bagi menerima panggilan daripada pesakit serta petugas untuk membuat dan menerima panggilan.

“Ini menyebabkan berlaku kejadian panggilan ke CAC tidak berjawab. Situasi ini menyebabkan kegelisahan kepada pesakit yang sedang menjalani pemantauan di rumah mengenai status kesihatan semasa,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI