fbpx

Firma guaman gagal batal saman Zaid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tetuan Zaid Ibrahim & Co. (ZICO) gagal membatalkan saman yang difailkan oleh Datuk Mohd. Zaid Ibrahim berhubung penggunaan nama beliau selaku pengasas firma guaman itu.

Ini bermakna, saman yang dikemukakan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri terhadap firma guaman terbesar di Malaysia itu akan didengar di Mahkamah Tinggi melalui perbicaraan penuh.

Hakim Datuk Ahmad Bache memutuskan demikian ketika menolak permohonan Zaid Ibrahim & Co. (defendan) untuk membatalkan saman Mohd. Zaid selaku plaintif.

Dalam keputusan itu, mahkamah bagaimanapun menolak permohonan injunksi sementara agar ZICO dihalang menggunakan nama beliau dan pihak mahkamah menetapkan 17 Ogos ini bagi pengurusan kes menerusi e-Review.

Dalam keputusannya, Hakim Ahmad berpuas hati bahawa isu berhubung had masa yang disandarkan oleh defendan tidak sesuai untuk dilupuskan begitu sahaja tanpa melalui perbicaraan penuh.

Ujarnya, mahkamah meneliti hujahan defendan bahawa saman yang difailkan oleh Mohd. Zaid melebihi tempoh masa iaitu selepas lebih 10 tahun beliau meninggalkan ZICO.

Beliau berpendapat, afidavit-afidavi sokongan yang difailkan oleh plaintif dan defendan perlu dinilai dan ditentukan melalui keterangan saksi dan pemeriksaan balas.

Menurut Hakim Ahmad, pembelaan defendan berhubung had masa selepas Mohd. Zaid melupuskan sahamnya dalam firma guaman tersebut, menunjukkan beliau tidak berminat lagi dengan ZICO. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI