fbpx

Enam beradik terima sijil lahir, rumah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sulaiman menyerahkan sijil kelahiran kepada enam beradik di kediaman mereka di Kampung Pekan Tangga Batu, Melaka. - MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA – Nasib enam beradik yang tidak mempunyai sijil kelahiran mendapat perhatian Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali apabila beliau menyerahkan sendiri dokumen tersebut di kediaman mereka di Kampung Pekan Tangga Batu dekat sini.

Menurut Sulaiman, isu berkenaan telah diketengahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Azman Hassan Januari lalu dan telah dibawa kepada perhatian Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri untuk mempercepatkan proses berkenaan.

Kata beliau, selepas ini, enam beradik itu tidak lagi akan berdepan masalah untuk mendapat bantuan kebajikan dan pendidikan selepas ini.

“Bagi saya paling penting adalah pendidikan. Saya tidak mahu anak-anak ini tercicir dan tidak mendapat pembelaan disebabkan tiada sijil lahir.

“Ini kerana ada antara mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah. Justeru itu, apabila sekolah dibuka kelak mereka akan didaftarkan di sekolah kelolaan Kementerian Pendidikan terdekat,” katanya kepada pemberita selepas melawat enam beradik itu di kediaman mereka di sini hari ini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan kisah enam beradik yang tidak memiliki sijil kelahiran disebabkan status perkahwinan arwah ibu dan bapa mereka diklasifikasikan sebagai perkahwinan tidak teratur oleh JPN. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI