fbpx

JIM Sabah tahan sembilan warga Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Semua dokumen palsu dijual kepada warga Filipina dan sehingga kini dipercayai 200 hingga 300 dokumen sudah dikeluarkan.

KOTA KINABALU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menahan sembilan warga Filipina setelah disyaki terlibat dalam sindiket pemalsuan pelbagai jenis dokumen pengenalan diri dalam operasi dijalankan di tiga lokasi berasingan pada Ahad lalu.

Pengarah JIM Sabah, Datuk Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin berkata, semua individu ditahan termasuk enam lelaki dan tiga wanita berumur antara 20 dan 76 tahun.

“Semua suspek ditahan bersama 90 keping surat pengesahan dokumen sementara, surat pengesahan unit penempatan selain resit pengenalan sementara Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah yang dipalsukan.

“Kita juga merampas sebanyak 22 keping Mykad palsu, salinan sijil lahir dan 13 keping permit masuk IMM 5 mahupun pas lawatan IMM13 JIM.

“Selain itu, sebanyak 140 keping gambar berukuran pasport yang dipercayai bagi tujuan pengeluaran dokumen palsu turut dirampas dalam operasi sama,” katanya ketika sidang akhbar di pejabat JIM Sabah sebentar tadi.

Muhamad Sade memaklumkan, pihaknya turut merampas dua kenderaan termasuk sebuah kenderaan pacuan empat roda dengan siasatan mendapati semua dokumen berkenaan dijual pada harga sekitar RM100 hingga RM500. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI