fbpx

Hanya tiga peruncit disiasat naikkan harga minyak 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDNHEP melakukan pemantauan bekalan minyak masak di beberapa premis perniagaan di seluruh negara, baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan hanya tiga peruncit melakukan kesalahan mencatut dalam  penguatkuasaan Ops Rantai 7.0 (minyak masak) setakat tahun ini.

Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP berkata, tiga kertas siasatan dibuka dan dua kes telah diambil tindakan bagi kesalahan mencatut manakala satu kes lagi dalam siasatan lanjut.

Katanya, hasil tindakan penguatkuasaan tersebut didapati 163 daripada 166 item minyak masak yang diperiksa adalah tidak mencatut.

“Margin keuntungan yang diambil adalah konsisten dan notis-notis telah dikeluarkan di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 untuk mendapat maklumat lanjut berhubung dengan peningkatan harga yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, peningkatan harga yang berlaku secara umumnya adalah disebabkan peningkatan kos bahan mentah utama bagi pengeluaran minyak masak tersebut iaitu minyak sawit mentah yang terus meningkat daripada tahun lepas hingga ke hari ini.

““Pemantauan harga minyak masak di pasaran masih diteruskan bagi mengesan aktiviti peningkatan harga yang tidak terkawal dan memastikan peniaga yang mencatut diambil tindakan sewajarnya di bawah AKHAP 2011,”ujarnya-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI