fbpx

Perakam video, saksi lihat lelaki seret ‘oyen’ dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan perbuatan seorang lelaki menyeret seekor kucing sambil menunggang motosikal baru-baru ini.

TELUK INTAN – Polis meminta individu yang merakam video seorang lelaki menunggang motosikal sambil menyeret seekor kucing berwarna oren di Langkap pada Jumaat lalu supaya tampil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, keterangan individu itu sebagai saksi diperlukan sebelum kertas siasatan diserahkan semula kepada Timbalan Pendakwa Raya, begitu juga mana-mana saksi yang melihat kejadian itu.

“Berdasarkan keterangan suspek, motosikal ditunggangnya telah ditahan seorang individu yang kemudian menegur perbuatannya ketika membawa kucing itu untuk dibuang.

“Pada masa sama, ada individu lain yang merakam perbuatan suspek hingga tular di media sosial. Jadi, kita minta mereka ini tampil untuk membantu siasatan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Operasi Pemantauan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di sini hari ini.

Ahmad Adnan memberitahu, kucing itu difahamkan tidak mati seperti dakwaan pihak tertentu sebaliknya melarikan diri sebaik sahaja terlepas dari sauk.

“Kucing itu terlepas ke hutan berhampiran semasa suspek ditahan pengguna jalan raya. Bagaimana pun, kes ini tetap disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015,” katanya.

Kosmo! pada Sabtu lalu melaporkan, seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes penganiayaan terhadap seekor kucing di mana video dia menunggang motosikal sambil dilihat menyeret haiwan itu tular di media sosial.

Difahamkan, lelaki tersebut menangkap kucing itu menggunakan sauk untuk dibuang ke kedai berhampiran namun kaki depan haiwan itu telah terkeluar dari jaring sauk dan menyebabkan ia seolah-olah diseret di atas jalan.

Video tular berdurasi satu minit itu bukan sahaja mendapat kecaman warga maya, malah juga pada perakam video yang dilihat tidak mengambil tindakan segera bagi menghentikan perbuatan kejam suspek.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI