fbpx

Wakil DAP kumpulan ketiga hadir Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebuah kenderaan mewah pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard dilihat memasuki Pintu 2 Istana Negara sekitar pukul 2 petang sebentar tadi.

Kenderaan tersebut dilihat membawa Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dipercayai turut berada dalam keadaan tersebut untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Difahamkan, wakil parti politik DAP itu adalah kumpulan ketiga tiba di Istana Negara bagi menghadap Seri Paduka Baginda selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI