fbpx

Negara capai 150,000 suntikan harian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jumlah suntikan harian vaksin Covid-19 semalam berjaya mencecah lebih 150,000 suntikan.

Menurut laporan harian di laman Twitter rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), pemberian dos pertama dan kedua semalam mencatatkan jumlah 151,309 suntikan.

Susulan itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-​19, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya ingin memastikan jumlah itu dapat dicapai secara konsisten.

“Kuncinya sekarang adalah memastikan kita mencapai jumlah ini secara konsisten ketika kita bergerak menuju 200,000 suntikan sehari.

“Peningkatan kapasiti berterusan di Lembah Klang akan meningkatkan jumlah harian,” ciapnya di laman Twitter hari ini.

Dalam pada itu, setakat semalam juga JKJAV memaklumkan, kini seramai 12,774,132 individu telah mendaftar untuk penerimaan vaksin Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI