fbpx

Pintu hijab Aurel, ‘Mama Nur’ semakin pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AUREL HERMANSYAH

SELEPAS mengejutkan peminat dengan berita keguguran pada 6 Mei lalu, penyanyi Indonesia Aurel Hermansyah kembali menjadi bualan ramai apabila memutuskan tampil dengan imej baharu yang lebih sopan.

Paling utama, dia sudah berhijab.

Perkara tersebut dikongsikan oleh suaminya, Atta Halilintar dengan memuat naik satu hantaran dalam Instagram pada Jumaat lalu.

Atta yang juga YouTuber terkenal itu meluahkan rasa bangga dan bersyukur dengan keputusan isterinya yang sudah tampil dengan imej lebih sopan.

“Selalu bangga dengan hijrah kamu yang semakin kuat dan bijak. Bidadari dunia akhirat ‘Mama Nur’,” tulis Atta yang juga telah menukar panggilan isterinya kepada ‘Mama Nur’.

Sementara itu, Aurel turut berterima kasih kepada suaminya yang banyak memberi dorongan untuk dia berubah menjadi manusia yang lebih baik.

“Terima kasih sayangku yang selalu memberi tunjuk ajar untuk menjadi yang lebih baik,” tulis Aurel di ruang komen hantaran suaminya.

Sebulan selepas berdepan episod keguguran kandungan pertama, pasangan yang berkahwin pada 3 April lalu itu juga sudah bersedia untuk bercerita soal anak apabila berkongsi isi pertemuan dengan doktor perbidanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI