fbpx

Saya tergamam seketika – Hafizh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZH SYAHRIN rasa terharu dengan keluhuran Tunku Ismail yang sedia membantunya mencapai impian untuk menempa nama di pentas antarabangsa.

ATLET mana yang tidak terkejut apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sendiri menyatakan hasrat mahu menghulurkan tangan bagi membantu pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah me­lebarkan cita-citanya di persada antarabangsa.

Hafizh yang sedang mengharungi perlumbaan Moto2 pada saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) mengakui menghargai hasrat Tunku Ismail tersebut, sekali gus menganggap kata-kata positif tersebut memberikan motivasi buat dirinya meneruskan sukan permotoran musim ini.

“Saya sangat hargai dengan hasrat Tunku Ismail, saya sangat teruja dan juga terharu. Tak ada perkataan yang boleh menggambarkan perasaan saya ketika ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kerana kata-kata positif memberi saya semangat untuk meneruskan perlumbaan. Walaupun 2019 agak susah, tahun ini lagi sukar dengan semua negara dilanda Covid-19 sehingga ada penaja menarik diri dan ada yang tidak boleh memberikan tajaan 100 peratus.

“Buat masa ini, saya menggunakan duit poket sendiri seperti tiket penerbangan, latihan dan tempat tinggal. Jadi perkara-perkara ini yang menyukarkan saya.

“Apa pun, saya akan buat yang terbaik dengan pasukan NTS RW Racing GP kerana pasukan ini sangat positif dan mempunyai motivasi tinggi. Saya akan berusaha lebih baik dan meneruskan latihan seperti biasa,” katanya.

Tunku Ismail dalam temu bual secara langsung di laman Instagram baru-baru ini berhasrat untuk membantu Hafizh Syahrin, namun buat masa ini belum ada perancangan rapi melibatkan pelumba negara itu.

“Saya mengikuti perkemba­ngan Hafizh Syahrin dan suka melihat disiplin beliau yang bersungguh-sungguh mencipta nama dalam sukan permotoran. Ini yang menarik minat saya untuk menajanya.

“Setakat ini, tidak ada perbincangan mengenainya lagi yang menjurus kepada berapa bajet diperlukan serta peranca­ngan jangka panjangnya,” katanya.

Hafizh, 27, ketika ini beraksi­ bersama pasukan NTS RW ­Racing GP menduduki tangga­ ke-21 dalam carta pelumba ke­seluruhan dengan me­ngutip lapan lapan mata bagi saingan Moto2 musim ini.

Hafizh merekodkan keputusan terbaiknya musim ini pada minggu lalu apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan kesembilan pada Grand Prix (GP) Itali di Litar Mugello, Itali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI