fbpx

NASA temui garam organik di Marikh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saintis menemui garam mineral di Marikh yang memberi petunjuk tentang kemungkinan wujudnya habitat di planet itu. - AFP

WASHINGTON – Saintis-saintis  Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas  Kebangsaan (NASA) menemui bukti terdapat  garam organik di  Marikh sekali gus petunjuk bahawa hidupan pernah wujud di Planet Merah, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Mereka mengumumkan penemuan tersebut akhir bulan lalu. Saintis-saintis NASA berkata, garam itu berkemungkinan terhasil disebabkan proses geologi atau sisa kehidupan kuno di Marikh.

Pada asasnya, garam organik adalah sisa kimia sebatian organik mengandungi karbon yang merupakan elemen penting kepada kehidupan.

NASA sebelum ini menemui bahan organik di Marikh, namun penemuan garam organik memberikan petunjuk baharu berkenaan habitat di Marikh.

Mereka  menyiarkan kajian tersebut dalam penerbitan Journal of Geophysical Research : Planets at the end of March.

“Jika kami menentukan bahawa terdapat garam organik di mana-mana sahaja sekitar Marikh, kami mahu menyelidik kawasan tersebut dengan lebih lanjut.

“Kami berusaha mengungkap kimia organik selama berbilion-bilion tahun dan dalam rekod organik itu mungkin ada ‘hadiah’ iaitu bukti bahawa kehidupan pernah wujud di Marikh,” kata ketua kajian berkenaan, James Lewis. 

Untuk mencari bukti kehidupan di Marikh, para penyelidik harus mencari dan menganalisis sampel organik.

Sekiranya kehidupan pernah ada di Marikh, cap jari kimia akan tertinggal dalam bentuk sebatian organik.

Para penyelidik berusaha mengumpulkan serpihan organik kecil yang diperoleh, namun sinaran ultraviolet (UV) daripada matahari di permukaan Marikh memecah sebatian organik, menyebabkan pencarian organik menjadi sukar namun ia boleh dilakukan, katanya. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI