fbpx

1MDB saman Riza Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan tiga subsidirinya memfailkan saman terhadap anak tiri Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Shahriz Abdul Aziz atau Riza Aziz serta tiga lain bagi menuntut AS$250 juta yang diselewengkan.

Selain IMDB sebagai plaintif pertama, tiga subsidiri masing-masing selaku plaintif kedua hingga keempat yang turut memfailkan saman itu ialah 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited dan 1MDB Energy (Langat) Limited.

Di samping Riza Aziz yang merupakan defendan pertama, tiga lagi entiti lain yang turut dinamakan defendan kedua hingga keempat adalah syarikat Red Granite Pictures Incorporated, Red Granite Capital Limited dan firma guaman Shearman & Sterling.

Saman itu yang difailkan itu adalah sebahagian daripada enam tindakan undang-undang yang dimulakan 1MDB terhadap sembilan entititi termasuk dua institusi kewangan luar dan 25 individu dalam usaha mendapatkan semula asetnya.

Pada prosiding kes melalui e-Review hari ini, Timbalan Pendaftar, Noordura Mohamed Din kemudian menetapkan 17 Ogos ini untuk pengurusan kes seterusnya.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh, writ saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 7 Mei lalu melalui Tetuan Shearn Delamore & Co.

Dakwa plaintif defendan pertama hingga ketiga  menerima kira-kira AS$250 juta dalam dana yang dilesapkan daripada plaintif antara 2011 dan 2012 selain mendakwa mereka menggunakannya bagi kepentingan diri dan sekutu, termasuk pembiayaan produksi filem dan pembelian pelbagai hartanah.

Sementara, defendan keempat membenarkan Riza Aziz dan ahli perniagaan dalam buruan Low Teak Jho atau Jho Low, menggunakan akaun faedah kepada peguam (interest on lawyers account) untuk mengubah sebahagian besar daripada dana yang dilesapkan dan diterima oleh defendan pertama hingga ketiga.

Sehubungan itu, plaintif menuntut deklarasi bahawa defendan pertama bertanggungjawab  kepada plaintif bagi dana yang dilesapkan dan diterima atas alasan penerimaan berpengetahuan atau secara alternatifnya penolongan tidak jujur.

Writ saman itu juga menyebut, plaintif-plaintif berhak untuk dibayar balik dana yang dilesapkan dan diterima defendan pertama atas alasan pengayaan yang tidak adil (unjust enrichment) yang diakibatkan pelesapan daripada plaintif.

Berikutan itu, plaintif menuntut relief dan faedah pada kadar yang dianggap wajar oleh mahkamah dan kos. K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI