fbpx

Kelantan salur RM500,000 kepada HRPZ II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (kiri) menyampaikan sumbangan RM500,000 kepada Zaini untuk kegunaan HRPZ II di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini. Foto : Ihsan Unit Komunikasi Menteri Besar Kelantan

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan menyumbangkan dana sebanyak RM500,000 untuk menaik taraf sistem ‘electrophysiology study’ di Unit Kardiologi di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, naik taraf sistem itu berupaya menjadikan perkhidmatan rawatan jantung dilakukan dengan lebih cepat dan berkesan tanpa perlu dirujuk ke pusat rawatan di luar Kelantan.

Katanya, sehubungan dengan itu, ia mampu mengurangkan kadar mortarliti dan morbiditi pesakit jantung di HRPZ II.

“Selain itu, kerajaan negeri turut menyampaikan sumbangan berupa enam unit pendingin hawa kepada Pejabat Kesihatan Negeri Kelantan untuk kegunaan pasukan bergerak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) peringkat negeri.

“Program suntikan vaksin secara bergerak akan dilakukan di kampung-kampung dan kawasan tumpuan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumbangan itu diserahkan oleh Ahmad kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Zaini Hussin di Kompleks Darulnaim di sini hari ini.

Menurut Ahmad, beliau berharap sumbangan itu dapat membantu menambahkan keselesaan petugas-petugas barisan hadapan dalam usaha menyegerakan jumlah suntikan vaksin dalam kalangan rakyat Kelantan seterusnya mencapai imuniti berkelompok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI