MERSING – Balai polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing akan ditutup selama dua hari bagi tujuan sanitasi mencegah penularan wabak Covid 19.
Ketua Polis Daerah Mersing, Cyril Edward Nuing berkata, penutupan bermula esok dan akan dibuka semula untuk urusan orang awam pada 11 Jun bermula pukul 8 pagi.
“Untuk makluman kepada semua warga Daerah Mersing, balai polis IPD Mersing akan ditutup untuk urusan dengan orang awam selama dua hari bermula esok bagi tujuan sanitasi mencegah penularan wabak Covid 19.
“Justeru itu, sepanjang tempoh tersebut, semua urusan boleh dibuat di tiga buah balai polis iaitu Balai Polis Sungai Ambat, Jemaluang dan Endau yang terdapat di dalam daerah Mersing.
“Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 07-7992222 @ 07-7993507 IPD Mersing,”katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Mersing memohon maaf atas segala kesulitan dialami.
Jelasnya, masyarakat juga diingatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara bagi mencegah wabak Covid -19 dari merebak.-K! ONLINE