fbpx

Vaksin percuma buat rakyat India 18 tahun ke atas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Modi mengumumkan 75 peratus bekalan vaksin Covid-19 akan dibeli oleh kerajaan pusat. - AFP

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi mengumumkan bahawa kerajaan akan menyediakan suntikan vaksin Covid-19 percuma kepada semua golongan dewasa sekali gus mengambil alih tugas itu dari kerajaan negeri, lapor akhbar Saudi Gazette, kelmarin.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi saluran televisyen tempatan, Modi berkata kerajaan akan bertanggungjawab ke atas 25 peratus prosedur suntikan vaksin di seluruh negara.

“Bermula 21 Jun ini, di setiap negeri di negara ini, kerajaan akan memberikan vaksin percuma kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas dengan bekalan vaksin percuma kepada negeri-negeri akan diedarkan.

“Kerajaan sendiri akan membeli 75 peratus bekalan dari pengeluar vaksin dan memberikannya secara percuma kepada pemerintah negeri,” demikian kenyataan oleh Modi.

Mereka yang mahu mendapatkan vaksin dengan lebih cepat boleh membayar untuk perkhidmatan itu dengan mengunjungi hospital swasta yang masih boleh membeli 25 peratus dos vaksin secara langsung dari pengilang.

“75 peratus suntikan vaksin akan dijadikan percuma dan di bawah kerajaan pusat, 25 peratus akan dibayar dan dibeli hospital swasta,” tambah Modi.

Amanat itu diumumkan selepas India mencatat jangkitan Covid-19 terendah dalam tempoh dua bulan dengan tidak melebihi 100,000 kes baharu.

Kematian berkaitan dengan virus itu juga menunjukkan penurunan setiap hari sementara jumlah kes aktif kini berkurangan kepada 1.4 juta.

Modi juga memaklumkan skim makanan percuma buat rakyat miskin yang dikendalikan oleh kerajaan persekutuan akan dilanjutkan sehingga sambutan perayaan Deepavali. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI