fbpx

Buru sindiket cuba bawa masuk etnik Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah.

KLANG – Sindiket yang terlibat dalam penyeludupan masuk etnik Rohingya akan diburu dalam memastikan tiada kemasukan warga itu di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ini susulan maklumat perisikan diterima pihaknya berhubung cubaan memasuki negara ini selepas warga tersebut mendarat di Aceh.

“Perkara itu menjadi kemusykilan, mengapa telah sampai di Aceh masih lagi ada tujuan dan matlamat datang tempat kita. Dari dulu lagi, saya sudah maklumkan kita hendak tangkap orang yang sebenarnya melakukan sindiket ini sekiranya benar-benar telah pun bermula dalam negara kita.

“Perancangan ini mungkin ada sesuatu yang bermula dari negara ini dan laluannya daripada Bangladesh belayar ke Aceh dan cuba masuk dan Thailand serta bersedia mengekangnya. Kita tidak mahu orang luar masuk negara kita secara haram,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Area Control Centre (ACC) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar sebelum ini berhubung kira-kira 80 etnik Rohingya yang telah mendarat di Aceh dan cuba memasuki Malaysia.

Ketika ditanya mengenai penempatan Bukit Malut, Langkawi yang dipenuhi warga Mynamar, Hamzah menjelaskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan melihat supaya masalah itu dapat diselesaikan sebaik mungkin.

“Ia telah menjadi masalah besar dan bukan sekarang tetapi sudah bertahun-tahun. Jadi, perkara ini akan jadi agenda utama MKN melakukan sesuatu polisi yang boleh menyelesaikan isu tersebut,” katanya.

Mengulas mengenai penangkapan pengganas Abu Sayyaf di Beaufort , beliau menegaskan perkara tersebut telah diambil maklum dengan penyusupan mereka ke pantai barat dari pantai timur Sabah.

“Mereka masuk bila tidak tahu dan mungkin berlarutan tiga hingga empat tahun dan duduk diam-diam di sabah. Ramai di kalangan mereka telah ditangkap dan dihantar ke Filipina.

“Segala apa yang berlaku ini menunjukkan bahawa polis dan agensi lain sentiasa berhati-hati dan bersedia untuk memastikan tidak membenarkan sesiapa sahaja menceroboh termasuk Abu Sayyaf. Kita akan tentang dan melakukan secara tegas untuk menangkap dan menghalau mereka balik negara mereka,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI