fbpx

AS takut hukum China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja makmal Institut Virologi Wuhan dirakam sedang menjalankan penyelidikan pada Februari 2017. - Getty Images

WASHINGTON – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken enggan memberi sebarang kenyataan berkenaan bentuk hukuman yang bakal dilaksanakan ke atas China jika terbukti negara itu menyembunyikan insiden kebocoran virus Covid-19 di sebuah makmal di bandar Wuhan,  lapor akhbar The New York Post semalam.

Dalam satu temu bual bersama saluran HBO hujung minggu lalu, Blinken mengelak daripada menjawab soalan tentang bagaimana China akan ‘membayar’ untuk perbuatan  melepaskan virus yang telah membunuh jutaan umat manusia di seluruh dunia jika dakwaan tersebut terbukti benar.

“Pastinya mereka perlu bertanggungjawab, namun dari sudut pandangan saya, apa yang paling penting sekarang adalah menemui asal usul Covid-19.

“Ia adalah satu-satunya cara untuk kita mencegah penularan wabak lain atau sekurang-kurangnya melakukan tugasan lebih baik dalam mengawalnya,” kata Blinken tanpa menjawab soalan tersebut.

Setelah ditekan beberapa kali bagi menjelaskan jenis hukuman yang akan dikenakan, Blinken akhirnya membuat kenyataan dalam nada simpati.

“Pada akhirnya, saya berpendapat China juga mahu punca sebenar penyebaran Covid-19 diketahui kerana realitinya, negara mereka juga terkesan teruk akibat wabak ini.

“Saya beranggapan China memiliki tujuan sama dalam menyiasat hal ini supaya ia dapat dikekang dan tiada insiden serupa berlaku di masa hadapan,” ujar Blinken.

Bagaimanapun, Blinken berjanji bahawa isu itu akan disiasat dengan mendalam hingga jawapan sebenar ditemui.

Beliau dalam masa sama  turut mengecam China kerana tidak memberikan ketelusan yang diperlukan masyarakat antarabangsa dan akses untuk pakar kesihatan serta perkongsian maklumat dalam masa nyata.

“Perkara itu sepatutnya dibenarkan oleh pihak China,” katanya. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI