fbpx

Ujian saringan bersasar, tidak berskala besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerajaan negeri Johor tidak bercadang untuk melakukan ujian saringan Covid-19 secara besar-besaran buat waktu ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad memberitahu kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan untuk melakukan ujian saringan Covid-19 secara besar-besaran buat waktu ini.

Beliau sebaliknya berkata, pihaknya akan melakukan ujian saringan secara bersasar khususnya bagi kawasan-kawasan tertentu di sekitar bandar raya Johor Bahru.

Menurut beliau, hal itu kerana jumlah kes harian yang direkodkan di bandar raya ini masih belum menunjukkan sebarang penurunan.

“Kita telah mendapat sebanyak 20,000 kit ujian Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag) daripada Singapura dan ia akan digunakan untuk melakukan ujian saringan secara bersasar.

“RTK-Ag itu akan dapat beri ketepatan bacaan sehingga 98 peratus dalam tempoh masa kira-kira lima minit,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan selepas menghadiri mesyuarat Badan Bertindak Program Imunisasi Covid-19 (CITF Johor) yang diadakan, di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI