fbpx

Buruh mengaku peras ugut warga emas kerana RM2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, Muhamad Fikrianisfatullah (tengah) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan melakukan pemerasan terhadap seorang wanita warga emas dua bulan lalu. Foto : ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Seorang buruh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pemerasan terhadap seorang wanita warga emas sehingga mangsa menyerahkan wang sebanyak RM2 kepadanya dua bulan lalu.

Tertuduh, Muhamad Fikrianisfatullah Mohd. Azmi, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Bagaimanapun, mahkamah memutuskan tarikh 6 Julai depan untuk menetapkan hukuman bagi kesalahan itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pemerasan terhadap Nik Som Ismail, 63, dengan mendatangkan ketakutan bahawa dia akan dicederakan sehingga mendorong mangsa menyerah wang sebanyak RM2.

Kesalahan itu dilakukan oleh tertuduh di sebuah rumah di Kampung Kubang Siput, Pasir Tumboh di sini kira-kira pukul 4.35 petang pada 5 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang ikat jamin diberikan kepada tertuduh. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI