fbpx

Khidmat sewa orang gemuk di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Individu berbadan besar boleh disewa menerusi laman web ‘Debucari’ atas pelbagai tujuan dengan harga RM75 sejam. - Oddity Central

TOKYO – Satu perkhidmatan baharu di Jepun yang membolehkan orang perseorangan atau syarikat  menyewa individu gemuk mengikut jam menjadi tular di laman sosial, lapor laman Oddity Central kelmarin. 

Kadar caj yang dikenakan untuk menyewa seorang individu gemuk adalah  2,000 yen (RM75.33) sejam.

Perkhidmatan dinamakan ‘Debucari’ itu membolehkan sesiapa sahaja menyewa manusia gemuk melalui tempahan secara online.

Penduduk yang memiliki berat badan melebihi 100 kilogram atau obes adalah sesuatu yang janggal di Jepun kerana kerajaannya mengutamakan berat badan optimum dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. 

Pemilik ‘Debucari’ yang dikenali sebagai Mr. Bliss berkata, perkhidmatan menawarkan individu gemuk merupakan peluang perniagaan yang bagus.  

Perkhidmatan menyewa manusia bukan perkara asing di Jepun. Pelbagai jenis individu  boleh disewa untuk pelbagai tujuan seperti memikat orang ketiga dalam sesuatu perhubungan atau menyewa lelaki pertengahan usia untuk kegunaan syarikat.

Menurut laman web ‘Debucari’, Mr. Bliss yang juga merupakan pemilik jenama fesyen individu bersaiz besar, Qzilla berkata,  dia mewujudkan perkhidmatan itu kerana berdepan kesukaran mencari model bersaiz besar untuk jenama pakaiannya.

Dia kemudian menubuhkan agensi mencari bakat dan ramai individu bersaiz besar yang mendaftar.

Mr. Bliss kemudian menawarkan perkhidmatan  orang gemuk untuk disewa atas pelbagai sebab seperti untuk menjadikan seseorang berasa lebih yakin bahawa ada orang lebih gemuk daripada mereka dan sebagai model untuk mencuba pakaian bersaiz besar.

‘Debucari’ juga berkata bahawa perkataan gemuk yang digunakan juga adalah bermaksud positif dan bukan bertujuan merendah-rendahkan seseorang. 

Kesemua bayaran sewa juga akan pergi kepada individu yang disewa dan ‘Debucari’ hanya mengambil sedikit komisen yang sudah dipersetujui dengan klien. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI