fbpx

Maaf tak dapat bantu, saya pun susah juga – Atikah Suhaime

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATIKAH SUHAIME

PETALING JAYA – Pelakon Atikah Suhaime meluahkan rasa terkilan dan bersalah kerana terpaksa menghiraukan semua mesej daripada pengikut Instagram yang menghubunginya bagi meminta sumbangan.

Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd. Suhaime berkata, dia juga sama seperti orang lain yang dilanda kesusahan akibat penularan pandemik sejak dua tahun lalu.

Jelasnya, banyak tawaran kerja terpaksa ditunda sehingga dia tidak dapat memperoleh pendapatan sebagaimana yang diraih sebelum ini.

“Sejujurnya, saya rasa bersalah kerana tidak menghiraukan semua DM (mesej) yang meminta bantuan. Sebab sama seperti kalian, saya juga susah. Macam lagu Whitney Houston, ‘I Have Nothing’.

“Tapi saya bersyukur sebab ada keluarga yang menjaga di sini. Saya sepatutnya buat kerja sama macam tahun-tahun sebelumnya, tapi Covid-19 melanda. Semua kerja ditunda. Jadi, saya tiada pendapatan sangat,” ujarnya.

Disebabkan itu, Atikah, 30, menyarankan pengikut Instagramnya mendapatkan bantuan menggunakan saluran yang betul seperti organisasi kebajikan.

“Kepada yang meminta bantuan, pergilah mencari organisasi kebajikan. Saya minta maaf tidak dapat membantu,” katanya.

Pada masa sama, pelakon drama Dendam Cinta Arissa itu turut mengakui berdepan ketidaktentuan emosi berikutan keadaan semasa kes Covid-19 yang banyak merencatkan kehidupan semua orang.

“Ya, saya juga kadang-kadang rasa tertekan dan hilang harapan. Saya harap ada orang tersayang di sisi kalian supaya berasa sibuk dan mampu buatkan sekeliling jadi positif.

“Langitkan harapan dan percayalah bahawa semuanya akan baik-baik sahaja pada masa sukar ini. Sebab pada saya, percaya itu seperti doa. Jika percaya sesuatu yang baik, maka perkara baik yang akan berlaku,” ujarnya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI