fbpx

Jangan teruskan lockdown – PPIPBM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Persatuan Pengilang & Industri Perkhid­matan Bumiputera Malaysia (PPIPBM) melahirkan kebimbangan­nya jika pelaksa­na­an penutupan penuh atau total lockdown bermula 1 Jun lalu akan diteruskan sehingga sebulan atau dua bulan lagi.

Menurut Presidennya, Datuk Azman Yusoff, jika perkara ini berlaku, ia akan memberi tekanan dan menjejaskan pendapatan kebanyakan daripada ­ahli-ahlinya yang kini sudah sedia terkesan untuk bangkit se­mula seterusnya bakal mem­burukkan lagi keadaan.

“Sekiranya, selepas dua ming­gu pelaksanaan total lockdown ini masih terbukti tidak berkesan, maka kerajaan perlu mengambil langkah tegas dengan menutup semua industri kecuali yang benar-benar perlu.

“Tindakan ini perlu dilaksanakan supaya total lockdown tidak perlu dilanjutkan berulang kali.

“Buat masa ini, ada kilang-kilang besar yang masih ber­operasi dan telah menjadi kluster baharu penyebaran Covid-19,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Azman menjelaskan, melihat kepada jumlah jangkitan baharu harian Covid-19 yang belum me­nunjukkan penurunan signifikan selepas seminggu pelaksanaan total lockdown, kerajaan harus segera membuat keputusan mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) berban­ding Pe­rintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 pada Mac tahun lalu.

Selain itu, perniagaan di negara­ ini juga perlu bersedia meng­hadapi SOP yang lebih ketat dalam jangka masa terdekat ini.

Mengakui PPIPBM mangambil pendirian tidak bersetuju de­ngan cadangan total lockdown pada bulan lalu, tetapi Azman menjelaskan pihaknya tetap menyokong penuh keputusan diambil, namun pelaksanaannya biarlah tegas dan benar-benar berkesan mengekang penularan pandemik.

Tambah beliau, kerajaan sentiasa mendengar keluhan para pengilang dan peniaga dalam keadaan ekonomi yang sukar kini dan telah menyediakan pelbagai bantuan baharu sekiranya pelaksanaan total lockdown perlu diteruskan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI