fbpx

Raveena Tandon derma tabung oksigen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAVEENA turut menyeru peminatnya untuk sama-sama menyalurkan sumbangan membantu pesakit Covid-19.

PELAKON Raveena Tandon menunjukkan keprihatinannya terhadap kemelaratan masyarakat di India ekoran gelombang kedua Covid-19 di negara itu apabila membantu menyalurkan tabung oksigen untuk pesakit yang memerlukan.

Menurut laporan Indiatoday.in, bantuan tersebut disalurkan ke sebuah hospital di Delhi dengan kerjasama Yayasan Rudra.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, pelakon berusia 46 tahun itu turut berkongsi foto memaparkan tabung-tabung oksigen yang akan disalurkan ke hospital.

“Pasukan saya sedang dalam perjalanan ke Delhi. Bantuan saya mungkin kecil umpama setitis air di lautan. Tetapi saya harap bantuan sekecil ini akan membantu,” ujarnya.

Raveena turut meminta masyarakat yang bermampuan untuk turut bersama-sama menyalurkan sumbangan berbentuk wang untuk pembelian lebih banyak bekalan tabung oksigen ke hospital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI