fbpx

Cabrera bakal jadi aset Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CABRERA boleh bermain dalam pelbagai posisi dan memiliki kualiti apabila menyerang sekali gus bakal memberi impak ke dalam pasukan kebangsaan jika menjadi pemain naturalisasi.

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan, bintang sensasi Harimau Selatan, Gonzalo Cabrera bakal menjadi pemain naturalisasi baharu Harimau Malaya selepas ini.

Tunku Ismail berpendapat pemain sayap berusia 32 tahun itu mampu meninggalkan impak besar kepada pasukan kebangsaan berdasarkan kemampuannya beraksi dalam pelbagai posisi di bahagian serangan.

TUNKU ISMAIL

“Cabrera akan menjadi aset pasukan kebangsaan kerana dia boleh bermain sebagai penye­rang tengah, di belakang penye­rang, sayap kanan dan kiri serta false nine.

“Dia boleh bermain dalam empat atau lima posisi dan ada kualiti terutama apabila menye­rang. Bagi saya, Cabrera akan ada impak besar dalam pasukan kebangsaan,” kata Tunku Ismail dalam program bual bicara Nindia Bola malam kelmarin.

Jika menjadi kenyataan, Cab­rera yang dilahirkan di Buenos Aires, Argentina bakal menjadi pemain naturalisasi keempat Harimau Malaya selepas Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula.

Selain Cabrera, Tunku Ismail turut mengatakan calon lain bakal dinaturalisasikan adalah pemain tengah Pulau Pinang berusia 26 tahun dari Brazil, Endrick dos Santos.

“Saya tiada apa-apa isu dengan De Paula tetapi saya merasakan umurnya (34 tahun) tidak sesuai. Kalau kita nak (naturalisasi), kita perlu lihat jangka masa panjang.

“Sekurang-kurangnya dia (mana-mana pemain) kena main dalam tempoh lima hingga enam tahun (bersama pasukan kebangsaan),” jelas Tunku Ismail yang merupakan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI