fbpx

Wabak NSUE cetus kebimbangan di Kanada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Para saintis masih gagal mengenal pasti punca sejenis penyakit misteri yang menyebabkan pesakit berhalusinasi tentang orang mati. - Getty Images

OTTAWA, Kanada – Sejenis penyakit misteri yang menyerang  otak manusia  mengakibatkan  kalangan saintis keliru, lapor akhbar Daily Star UK  semalam.

Penyakit itu menyebabkan kematian enam pesakit setakat ini tanpa dapat dikenal pasti puncanya.

Penyakit misteri itu mengakibatkan pesakit  berhalusinasi tentang orang mati dan menjangkiti hampir 50 orang di sebuah  wilayah kecil di Kanada dan setakat ini dikenali sebagai Sindrom Neurologi Etiologi Tidak Diketahui (NSUE).

Seorang pakar neurologi menggambarkan penyakit misteri yang menimpa penduduk New Brunswick di Kanada itu sebagai whodunit, satu istilah perubatan yang hanya berlaku sekali atau dua kali dalam satu abad.

Whodunit bermaksud sejenis penyakit atau gejala yang tidak diketahui asal usul, punca dan impaknya dalam dunia perubatan.

Meskipun pesakit pertama yang mendapat penyakit itu adalah sekitar  2015, ia hanya diketahui menerusi satu memo bocor pada Mac lalu yang ditulis oleh doktor perubatan kanan New Brunswick, lapor Science Times.

Gejala penyakit itu  termasuk kecenderungan melihat bayangan orang mati, insomnia, fungsi motor badan yang lemah dan masalah penglihatan.

Sekurang-kurangnya 48 individu yang berumur antara 18 tahun hingga 84 tahun di wilayah Kanada diketahui terjejas akibat  NSUE, demikian menurut pihak berkuasa.

Salah seorang mangsa penyakit misteri ini ialah Gabrielle Cormier, 20, yang merupakan peluncur ais  dengan impian menjadi ahli patologi.

Gejala keletihan, berhalusinasi seperti siaran televisyen statik, kerap melanggar objek, hilang ingatan dan sentapan gerakan luar kawalan akhirnya memaksa Gabrielle menggunakan tongkat untuk berjalan.

“Saya baru memulakan episod yang seharusnya menjadi waktu terbaik dalam hidup dan kini kehilangannya. 

“Saya tidak tahu sama ada saya akan mati atau menjalani seluruh kehidupan saya dengan gejala ini,” katanya kepada akhbar The New York Times.

Penyakit itu turut mencetuskan pelbagai teori konspirasi tentang puncanya ketika penduduk di kawasan tersebut bimbang dijangkiti penyakit yang membawa maut itu.

Kini, semua hal berkaitan teknologi termasuk menara telefon bimbit sehingga ke suntikan vaksin Covid-19 disalahkan sebagai punca NSUE.

Menurut  Dr. Alier Marrero, individu pertama yang merawat kes ini, ujian ke atas pesakit menunjukkan atrofi otak dan kegagalan fungsi neurologi namun tiada diagnosis konklusif yang dibuat.

Pendedahan pesakit kepada kuman, kulat, dan asid domoik iaitu sejenis neurotoksin yang terdapat dalam pada kerang-kerangan, adalah antara penjelasan lain yang mungkin dipertimbangkan sebagai punca NSUE.

“Selepas berbincang dengan beberapa saintis lain, kami berpendapat NSUE bukan penyakit yang pernah wujud sebelum ini,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI