fbpx

De Bruyne pemain terbaik PFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE BRUYNE merangkul Anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA buat kali kedua berturut-turut selepas membantu City menjulang kejuaraan EPL musim ini. – AFP

LONDON – Pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne memenangi Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Pemain-Pemain Profesional (PFA) England selepas mengharungi musim cemerlang bersama pasukan itu.

Perancang tengah Belgium itu dianggap antara pemain kunci buat The Citizens musim ini selepas menjaringkan enam gol selain melakukan 12 um­panan dalam 25 penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dia mengetepikan saingan bintang Manchester United, Bruno Fernandes, penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane serta tiga rakan sepasukan, Ilkay Gundogan, Ruben Dias dan Phil Foden bagi memenangi anugerah itu buat kali kedua berturut-turut.

“Pemain-pemain lain memilih saya untuk anugerah ini. Justeru, saya anggap sudah melakukan tugas yang baik sepanjang kempen 2020/21. Banyak yang saya belajar sebelum ini.

“Saya fikir saya sudah menjadi seorang pemain yang boleh memimpin rakan sepasukan di dalam dan luar padang. Saya yakin ia akan membantu saya pada masa depan,” kata De Bruyne.

Sementara itu, dia juga berterima kasih kepada pemain-pemain yang memilihnya untuk anugerah tersebut kerana ia bakal menjadi kenangan indah buat dirinya.

“Sudah tentu saya mahu menang lebih banyak trofi dan anugerah bersama pasukan. Diundi oleh pemain-pemain lain untuk anugerah ini adalah satu penghargaan terbesar.

“Apabila anda memiliki trofi seperti ini, sudah tentu ia akan jadi kenangan manis sepanjang hidup. Keluarga saya juga akan turut bangga dengan pencapai­an ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI