fbpx

Maqis rampas 87 tan bawang dari India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bawang besar yang dirampas Maqis Pulau Pinang ketika melakukan pemeriksaan rutin di NBCT, Butterworth pada Selasa lalu.

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri merampas kira-kira 87 tan bawang besar dari India ketika pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), Butterworth di sini pada Selasa lalu.

Rampasan ketika pemeriksaan rutin kira-kira pukul 4.20 petang itu dilakukan selepas produk berkenaan didapati dibawa masuk tanpa mematuhi syarat permit import.

Menurut Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli, siasatan pihaknya mendapati pengimport tidak mematuhi syarat seperti yang dinyatakan pada permit import Maqis iaitu tidak mematuhi Sijil Perakaun 3P (penggredan, pembungkusan dan pelabelan).

“Justeru sebanyak 87,004 kilogram bawang besar yang bernilai RM64,852.98 dirampas bagi siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zarina, kegagalan untuk mengemukakan maklumat tersebut adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Menurutnya, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 15(2) Akta yang sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI