fbpx

Junta tolak cadangan utusan khas ASEAN ke Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto edaran Dawei Watch menunjukkan penunjuk perasaan memegang tanda-tanda yang meminta penangkapan Jeneral Kanan Min Aung Hlaing semasa demonstrasi menentang rampasan kuasa tentera di Dawei pada 23 April lalu. - AFP

JAKARTA – Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) mengusulkan pencalonan seorang utusan khas kepada junta tentera yang akan memainkan peranan sebagai orang tengah dalam rundingan  antara  junta dan kem  prodemokrasi di Myanmar.

Setiausaha Agung ASEAN, Lim Jock Hoi dan Menteri Luar  Kedua Brunei, Erywan Pehin Yusof mengunjungi Myanmar pada Khamis dan Jumaat lepas untuk menyerahkan nama-nama calon yang dicadangkan ASEAN kepada  junta, demikian menurut satu kenyataan.

Bagaimanapun, ASEAN tidak mendedahkan calon tersebu, demikian menurut agensi berita Kyodo kelmarin.

Pada Jumaat lalu, kedua-dua pemimpin ASEAN  itu bertemu dengan ketua junta Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing di Naypyitaw untuk membincangkan krisis di negara itu.

Penghantaran utusan khas itu adalah salah satu daripada lima perkara yang dipersetujui dalam sidang kemuncak luar biasa ASEAN ydi Indonesia akhir April lalu untuk membincangkan keadaan di Myanmar.

Lima perkara  itu termasuk menghentikan segera keganasan yang berlaku dan bantuan kemanusiaan ASEAN kepada Myanmar.

Dalam pertemuan itu, Erywan yang bertindak sebagai Ketua Mesyuarat Menteri Luar ASEAN, turut meminta Min Aung Hlaing dan pegawai Myanmar lain supaya membebaskan semua tahanan politik, termasuk wanita, kanak-kanak dan warga asing.

Utusan khas ASEAN itu sepatutnya berada di Myanmar pertengahan Mei lalu tetapi pihak junta belum bersedia menerima perwakilan tersebut.

Myanmar memberitahu negara itu hanya akan mempertimbangkan dengan teliti mengenai cadangan konstruktif yang dibuat oleh pemimpin ASEAN selepas keadaan kembali stabil.

Pendirian tersebut menyukarkan ASEAN untuk menguruskan proses penghantaran utusan khas yang berkemungkinan besar akan menimbulkan situasi rumit dengan junta tentera.

Setakat Sabtu lepas, seramai 847 orang dilaporkan dibunuh oleh pasukan keselamatan negara itu sejak rampasan kuasa pada 1 Februari lalu, demikian menurut Persatuan Bantuan untuk Tahanan Politik yang merupakan kumpulan hak asasi memantau kematian dan tangkapan di Myanmar. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI