fbpx

Lelaki dikompaun RM20,000 anjur perjumpaan di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TAIPING – Kedegilan seorang lelaki menganjurkan satu perjumpaan menyebabkan dia dikenakan kompaun sebanyak RM20,000 kerana membenarkan 27 orang individu lain berkumpul di rumahnya di Kampung Perwira Kamunting disini semalam.

Tindakan tersebut diambil setelah pemeriksaan dilakukan pihak polis di kediaman tersebut pada pukul 1 petang yang turut disertai Pejabat Kesihatan Daerah Taiping, Majlis Perbandaran Taiping dan Pejabat Agama Islam hasil maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, semasa pemeriksaan pihaknya mendapati sekumpulan lelaki berkumpul di rumah lelaki itu yang selaku penganjur program sedangkan ia adalah kesalahan mengikut pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut beliau, seorang lelaki berusia 54 tahun yang juga penghuni rumah itu mengaku sebagai penganjur dan bertanggungjawab terhadap perjumpaan tersebut.

“Kesemua mereka mengaku berkumpul di situ untuk berbincang mengenai program amal yang akan dijalankan di samping menjalankan aktiviti kerohanian di rumah tersebut.

“Walau apa pun tujuannya, perkara tersebut tetapi menjadi kesalahan dan ia sepatutnya tidak dilakukan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa melakukan pemeriksan di sekatan jalan raya Taman Berkat di sini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI