fbpx

Jumpa doktor kalau ada masalah mental – Sharifah Sakinah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharifah Sakinah menasihati orang ramai untuk segera bertemu doktor sekiranya mempunyai simptom terhadap penyakit ADHD.

PETALING JAYA – Pelakon Sharifah Sakinah menasihatkan orang ramai yang merasakan bahawa diri mereka memiliki simptom-simptom menghidap Attention-Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD supaya mendapatkan pengesahan daripada doktor dan bukan melalui kajian sendiri menerusi enjin carian Google.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al- Khaired, 32, berkata bahawa dia telah mendapatkan pengesahan lebih daripada seorang doktor tentang masalah kesihatan mental yang dialaminya.

“Terlebih dahulu, mereka yang merasakan ada simptom-simptom ADHD atau bipolar, sila dapatkan pengesahan daripada doktor, bukan seorang tetapi ramai (lebih daripada satu doktor). Bukan melalui diagnosis daripada Google,” ujarnya.

Menurut pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu, dia mengambil masa sehingga tiga minggu untuk melalui beberapa proses bersama doktor untuk mengesahkan penyakit mental yang dialaminya.

“Saya mengambil masa selama tiga minggu untuk diinterviu dengan doktor termasuk menghubungi keluarga serta menjalani beberapa ujian untuk didignosis.

“Proses itu tidak semudah seperti menjawab soalan secara dalam talian untuk mengenalpasti sebarang simptom,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sakinah memberitahu bahawa masyarakat sering menganggap masalah ADHD menyebabkan seseorang itu menjadi hiper semata-mata.

“Tapi sebenarnya ADHD adalah lebih kompleks seperti selalu berfikir yang bukan-bukan (overthinking), tergesa-gesa (impulsive) dan masalah mengatur emosi,” katanya,

Dalam perkongsian itu juga, Sakinah menasihatkan individu yang telah disahkan menghidap ADHD supaya mengikut saranan dan nasihat yang telah diberikan doktor walaupun mengakui sukar untuk menjadi seorang yang berdisplin.

“Paling penting adalah dengan mendapatkan sokongan yang baik untuk berdepan dengan cabaran harian.

“Dunia mungkin tidak memahami kamu, siap boleh kena label mengada-ngada atau over (keterlaluan). Tapi akhirnya kita perlu jadi baik untuk diri sendiri. Penerimaan diri sendiri adalah kuncinya,” katanya.

Terdahulu, Sakinah ada berkongsikan mengenai masalah kesihatan mental yang dialaminya dan mengakui bakal berpindah ke luar negara apabila berkahwin dengan Michael Hansen.

Menurut Sakinah, masalah ADHD yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu kini agak teruk dan perlu menjalani rawatan khusus. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI