fbpx

Polis teliti akaun bank berkaitan Geng Nicky

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Polis sedang meneliti akaun-akaun bank yang berkaitan sindiket didalangi Nicky Liow Soon Hee termasuk akaun peribadi individu yang terlibat.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis sedang menunggu laporan termasuk dari Bank Negara Malaysia (BNM) dan bank lain berhubung siasatan terhadap kegiatan kumpulan jenayah terancang ‘Geng Nicky’.

Jelasnya, pihaknya juga sedang dalam proses memperkemas dan melengkapkan kertas siasatan.

“Kita sedang menunggu laporan BNM serta laporan dari bank-bank yang lain serta banyak lagi perkara yang diuruskan.

“Geng Nicky ini bukan kecil, operasinya cukup besar dan meluas. Ia melibatkan banyak transaksi membabitkan pelbagai akaun peribadi serta akaun syarikat. Jadi, proses ini akan memakan sedikit masa untuk diperkemaskan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, setakat hari ini, belum ada tangkapan baru dan perkembangan terkini mengenai kes berkenaan akan dimaklumkan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI