fbpx

Salah jika guna bubu naga tangkap ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Maritim Malaysia mengangkat bubu naga yang ditemui di muara Sungai Perak di Bagan Datuk semasa rondaan pagi semalam.

LUMUT – Sebanyak 110 set bubu naga dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak di dua lokasi berbeza iaitu kira-kira 3.2 hingga 3.3 batu nautika barat laut muara Sungai Perak di Bagan Datuk pagi semalam.

Bubu naga itu ditemui bot penguat kuasa semasa melakukan rondaan rutin bersepadu berhampiran kawasan tersebut kira-kira pukul 10.30 pagi.

Pengarah Maritim Perak Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, anggotanya mengesan
beberapa pelampung pada permukaan air yang kelihatan mencurigakan dan disyaki penanda bubu naga.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut di kedua–dua lokasi mengesahkan pelampung tersebut merupakan penanda kepada bubu yang dipasang oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Kesemua bubu naga yang dirampas dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh untuk tindakan dan siasatan lanjut. Nilai kesemuanya kira-kira RM13,200 dengan anggaran RM120 seunit,” katanya dalam satu kenyataan di sini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI