fbpx

Tiada kenaikan harga, minyak masak bersubsidi cukup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberi jaminan bekalan minyak masak bersubsidi masih cukup dan menafikan harganya konon naik.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, produk itu di pasaran masih kekal dengan harga biasa, malahan tetap cukup serta tidak berlaku kenaikan seperti didakwa pihak tertentu.

Beliau berkata, bekalan minyak masak bersubsidi itu sentiasa mencukupi bagi menampung permintaan domestik dan tidak berlaku catuan atau kekurangan penawaran.

“Justeru, stok tidak jadi isu kepada pembeli golongan B40 kerana minyak jenis ini dibungkus dalam beg plastik dengan berat cuma satu kilogram dan dijual pada harga RM2.50.

“Tidak jadi isu dan pembeli dalam kalangan B40 masih boleh mendapatkan minyak masak ini di pasaran dengan harga biasa bahkan kerajaan tidak pernah sekat mereka untuk beli,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan sebagai mengulas kebimbangan masyarakat susulan kenaikan harga komoditi minyak sawit di pasaran global terhadap produk bersubsidi.

Akhir minggu lalu, Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melaporkan lonjakan harga minyak sawit mentah mencecah RM4,270 setiap tan berbanding RM4,061 pada sehari sebelumnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI