fbpx

Tajul dedah wajah anak kedua, namakan Adrian Rifqy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAJUL dan isteri menimang cahaya mata kedua mereka pada 6 Mei lalu.

PETALING JAYA – Selepas sebulan, penyanyi Tajul Ariff mendedahkan wajah dan nama anak keduanya yang selamat dilahirkan pada 6 Mei lalu.

Menerusi hantaran dalam Instagram, penyanyi berusia 23 tahun itu memuat naik dua keping gambar bayi lelakinya yang diberi nama Adrian Rifqy.

“Assalamualaikum semua. Kenalkan anak kedua saya dan isteri, Adrian Riqfy. Genap sebulan hari ini, 6 Mei – 6 Jun.

“Masa lahir, berat 3 kilogram (kg). Sekarang dah lebih 4 kg. Doakan semoga Adrian Rifqy menjadi anak yang soleh. Jadi anak yang baik ya abang, jaga kakak Carissa,” tulisnya.

Pelantun lagu Sedalam-dalam Rindu itu turut berkongsi akaun Instagram yang dicipta khas untuk anak lelakinya, @adrianrifqy_.

Tajul menimang cahaya mata keduanya pada 6 Mei lalu yang dilahirkan secara normal oleh isterinya, Nurul Shamieza Eddie di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor.

Sebelum ini, Tajul mendirikan rumah tangga dengan Shamieza pada 2017 dan dikurniakan anak sulung perempuan bernama Adriana Carissa yang kini berusia setahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI