fbpx

Tun M tubuh parti baharu petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mahathir dijangka menubuhkan sebuah parti baharu dinamakan Parti Bersatu Rakyat Malaysia petang ini.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka menubuhkan sebuah parti baharu dinamakan Parti Bersatu Rakyat Malaysia pada petang ini.

Menurut sumber, satu majlis pengumuman bagi penubuhan parti baharu itu oleh kem Dr. Mahathir bersama enam lagi pemimpin Bersatu yang dipecat difahamkan akan diadakan di sebuah hotel di Bangsar pada jam 4.30 petang nanti.

Bagaimanapun, perkara itu masih bergantung kepada keputusan kes saman dikemukakan Dr. Mahathir dan lima pemimpin Bersatu lain bagi mencabar keputusan pemecatan mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Pada 9 Jun lalu, Dr. Mahathir dan enam yang lain mengemukakan saman ke atas Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiga pemimpin Bersatu lain dan Pertubuhan Pendaftar (ROS) bagi mencabar keputusan pemecatan mereka dari jawatan masing-masing dalam Bersatu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI