fbpx

Projek Sunway Onsen Suites hampir 90% berjaya dijual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satu lagi projek hartanah Sunway di Ipoh, Perak yang mendapat sambutan baik dari pelabur.

PETALING JAYA – Pembangunan Sunway Onsen Suites oleh Sunway Property telah mencapai kadar pengambilan 90 peratus untuk menara pertamanya yang terdiri daripada 252 unit suite perkhidmatan.

Terletak di lokasi strategik dalam perbandaran Sunway City Ipoh di Tambun, Perak, projek hartanah tersebut merupakan suite perkhidmatan pertama di Asia yang memiliki kolam air panas semula jadi yang terintegrasi di dalamnya.

Pengarah Eksekutif Sunway City Ipoh, Wong Wan Wooi berkata, Sunway Onsen Suite secara keseluruhannya memiliki empat blok menara dengan nilai pembangunan kasar lebih RM500 juta.

Ia ditawarkan dalam empat variasi iaitu studio, dua bilik tidur serta tiga bilik tidur dengan kelua­san antara 54.99 meter persegi dan 109.99 meter persegi selain vila mewah dengan keluasan bermula 251.95 meter persegi.

Menurut beliau, kejayaan Sunway Onsen Suites dikaitkan dengan ciri khasnya yang unik termasuk persekitaran hijau dan lokasi strategik dalam Sunway City Ipoh yang menyediakan pelbagai kemudahan.

“Pelabur kami tertarik dengan hasil sewa serta potensi pertumbuhan modal yang wujud dalam pembangunan seakan resort yang unik di Ipoh, yang mana bandar raya ini semakin popular sebagai destinasi pelancongan dan persaraan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Sunway City Ipoh seluas 12.54 hektar memiliki nilai pemba­ngunan kasar RM2 bilion dengan projek akan datang termasuk Pusat Perubatan Sunway, pusat beli-belah dan hab pendidikan.

Ia bagi melengkapi pemba­ngunan sedia ada di kawasan perbandaran berkenaan yang kini meliputi kediaman, Sunway Co­llege Ipoh dan pusat rekreasi Lost World of Tambun, Lost World Hotel serta The Banjaran Hotsprings.

Sunway Onsen Suites adalah sebahagian daripada rancangan pelaburan masa depan Kumpulan di Perak yang dianggarkan bernilai RM4 bilion dalam tempoh 15 hingga 20 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI